BERITA UTAMA

Empat juta rakyat Selangor perlu divaksin bagi capai imuniti kelompok

9 Jun 2021, 12:16 AM
Empat juta rakyat Selangor perlu divaksin bagi capai imuniti kelompok

SHAH ALAM, 9 JUN: Sekurang-kurangnya empat juta rakyat Selangor perlu menerima suntikan vaksin agar matlamat imuniti kelompok dapat dicapai, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata jumlah itu adalah 80 peratus daripada 6.5 juta anggaran keseluruhan penduduk di negeri ini.

"Jumlah itu tidak termasuk kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang mana belum ada bukti kukuh golongan ini layak untuk disuntik vaksin.

"Justeru, jika kita berjaya mencapai angka 80 peratus, sekurang-kurangnya kita dapat melindungi 20 peratus lagi orang yang tidak mendapat suntikan sekali gus memutuskan rantaian jangkitan Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi 'Forum Covid-19: Vaksin Mana Yang Terbaik' menerusi siaran langsung di Facebook malam tadi.

Turut menampilkan Pengarah Pasukan Petugas Operasi Selangor (STFO), Prof Madya Dr Mohammad Farhan Rusli dan Ahli Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Dato' Dr Khalid Ibrahim.

Dr Siti Mariah turut mengulas berhubung vaksin yang mahu dibeli Selangor sama sekali tidak bermaksud memotong barisan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksana Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan Kerajaan Negeri mahu mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat disamping membantu kerajaan menyelesaikan PICK.

Pada 18 Januari, Selangor mengumumkan kelulusan peruntukan kira-kira RM100 juta untuk pembelian vaksin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619