PBT

MPK keluar empat kompaun kepada pemilik gudang haram, cemar udara

8 Jun 2021, 12:37 AM
MPK keluar empat kompaun kepada pemilik gudang haram, cemar udara

SHAH ALAM, 8 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan empat kompaun terhadap pemilik premis gudang di Jalan Kem, Pelabuhan Klang kerana beroperasi secara haram.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata premis terbabit menjalankan aktiviti menyimpan arang batu, kontena, palet bahan bakar dan sisa cangkung (tempurung sawi).

"Longgokan bahan dan aktiviti pemindahan ke kontena atau lori menyebabkan pencemaran udara kerana habuk berterbangan sehingga ke penempatan penduduk berhampiran.

"Tindakan dibuat di bawah Undang-Undang Kecil 3 (UUK 3) Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (PTPP) MPK 2007," katanya menerusi kenyataan semalam.

Ahmad Fadzli berkata Jabatan Alam Sekitar turut mengeluarkan notis pematuhan pembersihan kerana melakukan aktiviti menyebabkan pencemaran.

"Selain itu polis daerah Klang Selatan turut menahan empat warga asing dipercayai pekerja premis mengikut Akta 342 Kanun Keseksaan.

"MPK akan memperhebatkan operasi membanteras kilang haram dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai agensi selain mengarahkan semua jabatan sentiasa peka aduan setempat," katanya.

Pada Ahad lepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri membangkitkan isu operasi gudang tersebut selepas menerima rungutan penduduk setempat berhubung pencemaran udara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619