BERITA UTAMA

Penyakit kulit serang lembu, pengusaha digesa pantau ternakan

2 Jun 2021, 11:53 PM
Penyakit kulit serang lembu, pengusaha digesa pantau ternakan

SHAH ALAM, 3 JUN: Kerajaan Negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar memantau penularan penyakit kulit kental (LSD) pada ternakan lembu dan kerbau.

EXCO pertanian berkata pihaknya memandang serius penyakit tersebut yang dikesan di Sabak Bernam dan Hulu Selangor terutama untuk persediaan ibadah korban.

"Kita terima laporan ada dua kes LSD di Selangor, keadaan ini membimbangkan kerana memberi kesan besar kepada bekalan makanan serta industri ternakan.

"Penternak lembu atau kerbau digesa menghubungi agensi berkaitan sekiranya terdapat jangkitan kulit haiwan ternakan," kata Ir Izham Hashim pada Majlis Pelancaran Agro Prihatin di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) semalam mengesan penyakit tersebut pada 42 lembu hidup dari Thailand yang dikuarantin.

Jumlah itu sebahagian daripada 1,434 lembu yang diimport pada 26 April lalu, yang diasingkan sebelum dibenarkan masuk ke negara ini.

Penyakit LSD menular di Asia sejak 2019 antaranya di Bangladesh, India, China dan terbaharu Thailand.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619