AGENDA

Ahli parlimen cadang potongan elaun penjawat awam dibuat sukarela

1 Jun 2021, 7:00 AM
Ahli parlimen cadang potongan elaun penjawat awam dibuat sukarela

SHAH ALAM, 1 JUN: Kerajaan dicadang membuat potongan elaun penjawat awam secara sukarela mengikut kemampuan untuk disumbang kepada Akaun Amanah Bencana.

Ahli parlimen Kapar berkata pemotongan wajib itu seolah-olah satu paksaan dan akan memberi kesan kepada kakitangan yang mungkin mempunyai tanggungan yang berbeza.

"Saya mencadangkan sumbangan atau pemotongan dibuat secara sukarela mengikut kemampuan penjawat awam. Saya kira melalui kaedah ini sasaran kerajaan untuk memperoleh RM30 juta akan tercapai.

"Kos sara hidup yang tidak menentu ketika pandemik ini tidak menjamin gaji penjawat awam itu mencukupi," kata Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid menerusi kenyataan hari ini.

Abdullah Sani yang juga jurucakap Pekerjaan dan Hak Pekerja Parlimen KEADILAN mencadangkan sektor perkilangan yang dibenar beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan turut sama menyumbang ke dalam akaun tersebut.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penjawat awam Gred 29 hingga 56 diwajibkan memberi sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana bagi membantu sistem kesihatan negara.

Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata lebih 800,000 penjawat awam yang terlibat tidak termasuk petugas barisan hadapan serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619