AGENDA

KKM kesan 24 kluster Aidilfitri, 850 positif

29 Mei 2021, 1:27 AM
KKM kesan 24 kluster Aidilfitri, 850 positif

SHAH ALAM, 29 MEI: Sebanyak 24 kluster Aidilfitri dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan 850 individu didapati positif Covid-19.

Menteri kanan (keselamatan) berkata angka dilaporkan setakat Khamis lalu itu amat membimbangkan kerana majoriti kes adalah mereka tidak bergejala iaitu 699.

"Secara kumulatifnya, sebanyak 850 kes direkodkan daripada kluster ini manakala 3,309 individu menjalani ujian saringan.

"Paling membimbangkan, apabila KKM mendapati kebanyakan kes positif adalah tidak bergejala berbanding sebaliknya iaitu 151 kes," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan semalam.

Ismail Sabri berkata data daripada kementerian itu menunjukkan kluster Aidilfitri paling tinggi direkodkan di Tumpat, Kelantan iaitu 224 kes manakala Kluster Simpang Sahari di Labuan pula dengan 123.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619