AGENDA

Laksana PKP penuh perlu ikut data tepat - Anwar

29 Mei 2021, 12:35 AM
Laksana PKP penuh perlu ikut data tepat - Anwar

PETALING, 29 MEI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh perlu mengikut data yang tepat dan cepat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang berkata semua pihak perlu diberi keizinan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan bagi mengenal pasti lokaliti terlibat dengan penularan wabak Covid-19 secara lebih tepat.

“Pelaksanaan PKP penuh melibatkan kluster tertentu adalah lebih efektif. Kalau tidak kita akan ambil rambang sahaja.

"Kita minta supaya diberi keizinan sama ada kerajaan, bukan kerajaan, pusat kajian atau pertubuhan antarabangsa untuk kumpulkan maklumat ini," katanya mengenai pelaksanaan PKP penuh susulan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Petaling di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini semalam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pembangkang juga memainkan peranan menyediakan pasukan sendiri bagi mengumpulkan data Covid-19 dan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

"Sekiranya data itu dikongsi, kita dapat membuat unjuran saintifik berdasarkan kaedah sains dan membuat andaian berhubung sebarang kemungkinan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619