NASIONAL

Polis Shah Alam pantau kilang, tapak bina dan pengangkutan awam

25 Mei 2021, 8:36 AM
Polis Shah Alam pantau kilang, tapak bina dan pengangkutan awam

SHAH ALAM, 25 MEI: Polis Shah Alam memperluas pemantauan di kawasan perkilangan, tapak pembinaan dan pengangkutan awam susulan langkah mengetatkan tatacara operasi piawai (SOP) PKP 3.0 bermula hari ini.

Ketua polis daerah ACP Baharuddin Mat Taib berkata pihaknya memberi tumpuan di kawasan tersebut bagi memastikan SOP terkini dipatuhi.

“Tumpuan kami di tapak pembinaan dan kilang berikutan SOP terkini kena ada peratusan kehadiran yang boleh bekerja.

“Kami juga memberi tumpuan kepada pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan Mass Rapid Transit (MRT) serta bas awam," katanya ditemui media selepas melakukan tinjauan di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Bukit Jelutong dekat sini hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619