ADN

2,000 keluarga dapat manfaat program bantuan makanan Rawang

10 Jul 2021, 9:10 AM
2,000 keluarga dapat manfaat program bantuan makanan Rawang
2,000 keluarga dapat manfaat program bantuan makanan Rawang

SHAH ALAM, 10 JULAI: Program bantuan makanan dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berjaya memanfaatkan 2,000 keluarga terjejas.

Wakil rakyatnya berkata sebanyak RM100,000 dibelanjakan untuk agihan bahan keperluan asas seperti beras, tepung, bihun, minyak masak, kicap dan telur bagi meringankan beban masyarakat.

"Sejak 1 Jun lalu, kami di pusat khidmat masyarakat memang bekerja keras untuk mengesan mana-mana keluarga terkesan Covid-19 termasuk yang mengibarkan bendera putih.

"Saya berterima kasih kepada pihak terlibat dalam kempen bantuan dan usaha akan diteruskan supaya lebih ramai mendapat manfaat," kata Chua Wei Kiat ketika dihubungi SelangorKini.

[caption id="attachment_478726" align="aligncenter" width="575"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong Wong Siew Kii (dua, kanan) bersama penerima bantuan makanan di Pusat Sokongan Semangat Balakong pada 7 Julai 2021. Foto Facebook Wong Siew Kii[/caption]

Sementara itu di DUN Balakong, Ahli Dewan Negeri (ADN)nya Wong Siew Kii berkata pihaknya mengagihkan bantuan makanan kepada 550 keluarga sejak kempen Sokongan Semangat Balakong dimulakan pada 7 Julai.

Menurutnya, dalam tempoh tiga hari sebanyak 914 bekalan makanan panas diedarkan kepada golongan kurang berkemampuan bagi mengelak kelaparan.

"Kita akan terus menyalurkan bantuan sama kepada mereka terjejas dengan mengutamakan keluarga orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619