AGENDA

Insiden dua tren LRT, ramai penumpang cedera diselamat

24 Mei 2021, 2:20 PM
Insiden dua tren LRT, ramai penumpang cedera diselamat
Insiden dua tren LRT, ramai penumpang cedera diselamat
Insiden dua tren LRT, ramai penumpang cedera diselamat

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Beberapa penumpang cedera dalam satu insiden melibatkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya, malam ini.

Beberapa video serta gambar mengenai kejadian yang memaparkan keadaan tren dengan cermin pecah dan beberapa penumpang cedera dengan kepala berdarah, dikongsi di beberapa platform media sosial.

[caption id="attachment_472669" align="alignleft" width="287"] Antara penumpang tren LRT laluan Kelana Jaya yang mengalami kecederaan. Foto BERNAMA[/caption]

Turut dikongsi netizen perkembangan semasa suasana dipercayai di Stesen LRT KLCC, dengan pasukan polis dan medik dilihat membantu penumpang yang tercedera.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan malam ini mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan trennya bernombor 40 dan 81 terlibat dalam satu insiden dan pasukannya sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat.

"Sila bertenang dan patuhi segala arahan. Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan," menurut kenyataan itu.

[caption id="attachment_472670" align="aligncenter" width="717"] Sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru di bawa keluar bagi dibawa ke hospital pada 24 Mei 2021. Foto BERNAMA[/caption]

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah yang kini berada di Stesen LRT KLCC mengesahkan kejadian.

Perkembangan mengenai insiden berkenaan akan dimaklum dari masa ke semasa.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619