AGENDA

Tidak tolak PKP, Selangor cadang pertimbang aspek menyeluruh

19 Mei 2021, 11:00 AM
Tidak tolak PKP, Selangor cadang pertimbang aspek menyeluruh
Tidak tolak PKP, Selangor cadang pertimbang aspek menyeluruh

SHAH ALAM, 19 MEI: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dalam bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Dato' Menteri Besar.

Tidak menolak arahan sedemikian, Dato' Seri Amirudin Shari meminta pertimbangan menyeluruh kepada aspek lain termasuk kesihatan mental dan kehilangan pendapatan.

Beliau menegaskan nyawa rakyat sentiasa menjadi keutamaan berbanding penjanaan ekonomi tetapi PKP harus diiringi pelbagai aspek lain termasuk pendidikan dan kesihatan mental.

"Jika ditawar dua pilihan, menjaga nyawa rakyat adalah keutamaan kita. Namun, Kerajaan Negeri menerima PKP sepenuhnya dengan harapan ia dibuat menyeluruh.

"Sebagai contoh, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah, tatacara operasi piawai (SOP) yang jelas dan melaksanakan saringan besar-besaran," katanya dalam sidang media hari ini.

Amirudin juga menggesa perintah kawalan itu diiringi inisiatif kepada rakyat termasuk moratorium automatik kepada golongan terjejas serta amalan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang cekap.

"Ini amat penting bagi menjamin kelangsungan kehidupan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619