AGENSI

Santuni enam keluarga mangsa bah, Yide sumbang barang keperluan

15 Mei 2021, 7:21 AM
Santuni enam keluarga mangsa bah, Yide sumbang barang keperluan

SHAH ALAM, 15 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyantuni enam keluarga mangsa banjir di Sepang semalam.

Pengurus besarnya berkata pihaknya memberi bantuan barangan keperluan asas bagi meringankan beban mereka.

"Kita harap kesemua mangsa diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini," kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, salah seorang mangsa Zuraidah Juhari berkata beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa dan berterima kasih kepada Yide atas sumbangan tersebut.

"Air banjir naik terlalu cepat awal pagi tadi (semalam) sehingga mencecah paras betis. Alhamdulillah ketiga-tiga anak saya sempat menyelamatkan diri," katanya.

Bantuan segera diserahkan di dua lokasi penempatan banjir iaitu tiga keluarga di Dewan Taman Gemilang manakala bakinya di Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Turut hadir wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619