AGENSI

Kuis sedia tawar kursus perkasa pendidikan anak yatim seliaan Yide

17 Mei 2022, 7:47 AM
Kuis sedia tawar kursus perkasa pendidikan anak yatim seliaan Yide

SHAH ALAM, 17 MEI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) sedia menawarkan kursus bersesuaian kepada anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Hala tuju pendidikan anak yatim itu dibincangkan dalam pertemuan antara Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industri Kuis Prof Madya Dr Mokmin Basri bersama Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah di kampus kolej itu di Bandar Seri Putra, Bangi pada 13 Mei lalu.

"Hasil daripada kunjungan ini dilihat mampu membuka peluang buat Kuis menjalin beberapa kerjasama dalam melaksanakan program kebajikan dan kemasyarakatan bersama Yide pada masa akan datang," menurut Kuis menerusi Facebook.

Sementara itu, Yide percaya kerjasama strategik antara kedua-dua pihak akan memberi impak positif terhadap anak yatim.

"Insya-Allah sinergi kerjasama Yide dan Kuis akan diterjemahkan kerana ianya akan memberi impak yang baik khususnya kepada anak-anak yatim ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619