BERITA UTAMA

EXCO: Tiada alasan tolak saringan percuma Covid-19

9 Mei 2021, 12:00 PM
EXCO: Tiada alasan tolak saringan percuma Covid-19
EXCO: Tiada alasan tolak saringan percuma Covid-19
EXCO: Tiada alasan tolak saringan percuma Covid-19

BANGI, 9 MEI: Masyarakat seharusnya mengambil peluang melakukan saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata tiada alasan untuk mereka tidak berbuat demikian memandangkan insiatif itu diperluas ke seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

[caption id="attachment_471012" align="alignleft" width="202"] EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud[/caption]

"Tiada alasan untuk mereka tidak mahu membuat saringan memandangkan kita telah melaksanakan program ini secara percuma dan terbuka kepada semua," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi hari ini.

Dr Siti Mariah turut melahirkan kekecewaan apabila wujud segelintir individu ambil sikap tidak acuh dengan keluar ke tempat awam tanpa mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

[caption id="attachment_471013" align="alignright" width="222"] Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar[/caption]

"Saya tidak pasti sama ada mereka ini tidak faham atau degil sedangkan kes semakin mencanak tetapi masih ada yang keluar ke tempat awam membawa kanak-kanak bawah 12 tahun," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar menggesa orang awam mengambil langkah pencegahan dengan melakukan saringan Covid-19.

"Saya tahu ada individu yang takut untuk disaring sedangkan jika kita ambil pendekatan melakukan saringan, kita boleh tahu status kesihatan dan tindakan seterusnya jika dijangkiti," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619