AGENSI

Yide sumbang kuih, duit raya untuk 268 pesakit dialisis

6 Mei 2021, 8:30 AM
Yide sumbang kuih, duit raya untuk 268 pesakit dialisis

SHAH ALAM, 6 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam menyumbang kuih dan duit raya kepada 268 pesakit buah di enam cawangan Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pengurus Besarnya berkata inisiatif saban tahun itu bagi memberi kegembiraan kepada pesakit menjelang Syawal tidak lama lagi.

"Di samping menceriakan anak yatim, pesakit dialisis di bawah pengurusan Yide turut menerima kuih dan duit raya.

"Kecaknaan kita kepada pesakit adalah salah satu manifestasi selain menyediakan perkhidmatan rawatan berkualiti," kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Terdahulu, Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya Mohd Salim Sain berkesempatan mengagihkan bantuan tersebut di pusat dialisis cawangan Bukit Jelutong.

Sementara itu, Mohd Razali berkata individu yang mengalami kegagalan buah pinggang dipelawa untuk mendapatkan rawatan di kesemua cawangan pusat dialisis disediakan.

Cawangan berkenaan meliputi Shah Alam, Bukit Jelutong, Kapar, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Taman Melawati.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619