AGENDA

Lebih 30,000 sertai Selangor Xtiv Virtual, e-sukan paling popular

6 Mei 2021, 6:25 AM
Lebih 30,000 sertai Selangor Xtiv Virtual, e-sukan paling popular
Lebih 30,000 sertai Selangor Xtiv Virtual, e-sukan paling popular

SHAH ALAM, 6 MEI: Acara Selangor Xtiv Virtual E-sport menerima penyertaan tertinggi membabitkan 27,968 peserta sejak dilancarkan Mac lalu.

Program sebahagian Selangor Xtiv Virtual 2021 meliputi permainan PUBG, Mobile Legends Bang Bang, Call of Duty Mobile, Pro Evolution Soccer 2021 dan FIFA Pro Club.

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata acara yang memasuki tahun kedua keseluruhannya mendapat 31,617 penyertaan setakat semalam.

Beliau menjelaskan aktiviti lain seperti Selangor Xtiv Virtual Marathon merekodkan 3,009 peserta sementara Selangor Xtiv Virtual Chess sebanyak 400 penyertaan.

"Selain itu, seramai 158 peserta menyertai Selangor Xtiv Virtual Youth Busking dan 82 peserta untuk Selangor Xtiv Virtual Martial Art.

[caption id="attachment_456538" align="alignleft" width="408"] Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui pada program Kembali Ke Sekolah fasa dua di Econsave Sungai Buloh, Shah Alam pada 10 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Baki dua pertandingan iaitu Selangor Xtiv Virtual Ride dan Selangor Xtiv Virtual Jump Rope Challenge bermula pertengahan bulan ini,' katanya menambah seramai 450,000 peserta disasar menyertai keseluruhan acara sehingga Disember.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui Facebook Selangor Xtiv Virtual 2021.

Selangor Xtiv Virtual 2021 mempertandingkan tujuh jenis permainan bermula Mac hingga Disember dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM411,680.

Tahun lalu, program itu mendapat sambutan luar jangka membabitkan 250,631 penyertaan dan 18 juta tontonan di platform media sosial.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619