AGENDA

Kertas siasatan Neelofa, suami langgar SOP di peringkat akhir

6 Mei 2021, 5:55 AM
Kertas siasatan Neelofa, suami langgar SOP di peringkat akhir

SEREMBAN, 6 MEI: Kertas siasatan terhadap selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail yang didakwa melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kini di peringkat akhir siasatan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohammad Mat Yusop berkata ia telah dirujuk kepada pendakwa raya namun dikembalikan semula kepada polis berikutan terdapat beberapa perkara yang perlu diperkemaskan

“Terdapat beberapa tindakan perlu diambil dan kita menjangkakan dalam masa terdekat ini akan dimaklumkan mengenai keputusannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat secara medan kepada Sarjan Mat Shah Kasim di sini, hari ini.

Spekulasi berkaitan pelanggaran SOP PKPB pasangan itu tular di media sosial apabila Neelofa dikatakan memuat naik gambar dan video berada di sebuah kedai karpet di Nilai, pada 2 Mei dan keterangan mereka telah diambil selama empat jam di Ibu Pejabat Daerah Polis Nilai, Selasa lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619