AGENDA

Isu rentas negeri Neelofa, suami diserah ke Pejabat Peguam Negara

22 Mei 2021, 12:00 PM
Isu rentas negeri Neelofa, suami diserah ke Pejabat Peguam Negara

SHAH ALAM, 22 MEI: Polis menyerahkan kertas siasatan kesalahan rentas negeri pasangan selebriti Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail kepada Jabatan Peguam Negara semalam.

Ketua Polis Nilai Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata sebarang keputusan selaras dengan fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Kelmarin pasangan berkenaan dituduh di Mahkamah Majistret Seremban atas kesalahan gagal mengimbas aplikasi MySejahtera atau melakukan pendaftaran manual di premis Naeem Carpet Sdn Bhd, Nilai.

"Muhammad Haris juga dituduh tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di premis itu. Bagaimanapun kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Isu rentas negeri pasangan berkenaan ke Nilai pada 2 Mei lalu menimbulkan persoalan warga maya selepas tiada tindakan dikenakan.

Neelofa turut disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021] kerana hanya mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban kelmarin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619