AGENDA

Anwar gesa KEADILAN Selangor perkukuh jentera, pimpin negeri lain

2 Mei 2021, 4:02 AM
Anwar gesa KEADILAN Selangor perkukuh jentera, pimpin negeri lain

SHAH ALAM, 2 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor memperkukuh jentera parti agar mampu menjadi pimpinan kepada negeri lain.

Presiden KEADILAN berkata perkara yang harus diberi tumpuan ketika ini adalah memperkuat jentera parti berbanding memikirkan soal calon untuk bertanding.

“Selangor mesti menjadi pimpinan dengan harapan membantu negeri lain. Tahniah kepada saudara Amir (Dato' Seri Amirudin Shari) kerana memberi jaminan untuk membantu keseluruhannya," katanya ketika berucap pada program iftar perdana KEADILAN Selangor di kediaman rasmi Dato' Menteri Besar di sini semalam.

Sementara itu, Anwar meminta ahlinya bergerak sebagai sebuah parti dengan mempertahankan nilai murni dan akhlak bagi mengelak terjerumus dalam sebarang salah laku.

“Pengalaman kita yang lalu, kita keluarkan pimpinan yang mula bersekongkol dengan kompromi rasuah...menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri.

“...dan sebahagian daripada kita terperangkap kerana terpukau dengan habuan diberi tanpa mempersoalkan bahawa parti ini ditegakkan dari awal untuk menolak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Itu pengajaran yang harus diperbetulkan," katanya.

Ketua pembangkang turut memaklumkan sistem pemerintahan negara ketika ini sangat lemah sehingga pelbagai kesilapan besar membabitkan salah guna kuasa berjaya dibongkarkan.

“Sistem kita (pemerintahan) sudah rosak. Jadi, kita mampu di peringkat sekarang perkuat jentera selain menggesa dan mendesak.

“Kita yakin bahawa negara ini hanya akan selamat dengan pimpinan beretika dan berwibawa. Insya-Allah, KEADILAN akan tampil sebagai kekuatan raksasa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619