BERITA UTAMA

MB salur sumbangan RM155,000 kepada 33 masjid di Kuala Langat

27 Apr 2021, 3:30 PM
MB salur sumbangan RM155,000 kepada 33 masjid di Kuala Langat
MB salur sumbangan RM155,000 kepada 33 masjid di Kuala Langat

KUALA LANGAT, 27 APRIL: Dato' Menteri Besar menyampaikan bantuan sejumlah RM155,000 kepada 33 masjid di daerah ini.

Sumbangan disalurkan menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB).

Dato' Seri Amirudin Shari berharap inisiatif itu menampung kekurangan dana susulan penutupan serta pengehadan bilangan jemaah sejak perebakan Covid-19.

"Mungkin dana diberikan tidak cukup menampung keperluan setahun tetapi setidaknya dapat menampung keperluan sepanjang Ramadan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid Daerah Kuala Langat di Masjid At-Taqwa, Banting sempena Jelajah Ramadan Kita Selangor.

[caption id="attachment_469681" align="alignnone" width="746"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari berbuka puasa bersama penjawat awam selepas penyerahan watikah pelantikan ketua kampung di Dewan Orang Ramai Kampung Endah, Kuala Langat pada April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau kemudian menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Jubli Emas Kampung Endah.

Pada 23 April, Amirudin berkata hampir RM2 juta diperuntuk kepada semua masjid di Selangor sepanjang Ramadan.

Tambah beliau semua masjid di negeri ini menerima sumbangan antara RM5,000 hingga RM10,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619