AGENDA

PAKATAN gesa segera agih komputer riba, pastikan PdPR lancar

27 Apr 2021, 4:41 AM
PAKATAN gesa segera agih komputer riba, pastikan PdPR lancar

SHAH ALAM, 27 APRIL: Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyegerakan bantuan komputer riba kepada pelajar memerlukan.

Jawatankuasa Pendidikannya berkata janji Belanjawan 2021 perlu dibuat bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berjalan lancar.

Gabungan itu turut menggesa kerajaan memberi insentif khas kepada guru untuk pembelian data dan alat bantuan mengajar demi memudahkan urusan PdPR.

"Jawatankuasa Pendidikan PAKATAN berpandangan berapa lama tempoh PdPR dilaksanakan sekalipun, yang penting ialah bantuan komputer riba harus disegerakan kepada murid yang memerlukan.

"Arahan melaksanakan PdPR merupakan satu langkah wajar untuk dilaksanakan memandangkan situasi pandemik Covid-19 terus meningkat, tetapi ia harus diiringi bantuan kemudahan PdPR buat murid mahupun guru yang tidak mempunyai kelengkapan," kata jawatankuasa itu dalam kenyataan.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Pengerusinya Dr Maszlee Malik, Nik Nazmi Nik Ahmad (Parti Keadilan Rakyat, Teo Nie Ching (DAP) dan Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah).

Semalam, KPM memutuskan untuk menutup operasi sekolah rendah dan menengah di seluruh negara selepas cuti Hari Raya Aidilfitri mulai 16 Mei.

Dalam tempoh itu, pelajar akan mengikuti PdPR selama 10 hari mulai 16 Mei bagi sekolah dalam Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 17 hingga 28 Mei (Kumpulan B).

Pelajar seterusnya akan terus bercuti penggal dari 28 Mei hingga 12 Jun (Kumpulan A) dan 29 Mei hingga 13 Jun (Kumpulan B).

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan menutup sekolah selepas raya selepas mengambil kira trend jangkitan Covid-19 dalam masyarakat ketika ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619