BERITA UTAMA

Penganjur bazar Ramadan gagal patuhi SOP berdepan tindakan tegas

26 Apr 2021, 3:20 PM
Penganjur bazar Ramadan gagal patuhi SOP berdepan tindakan tegas

SEPANG, 26 APRIL: Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penganjur bazar Ramadan yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Dato' Menteri Besar berkata penutupan operasi bazar juga akan dilakukan jika terdapat laporan ketidakpatuhan pengunjung dan peniaga.

"Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan melulu kerana taklimat dan ingatan akan diberi dahulu sekiranya didapati melanggar SOP yang ditetapkan.

"Saya percaya bazar lain juga padat namun jika kepatuhan mereka kepada SOP itu tinggi, akhirnya akan dapat lihat satu kawalan yang baik," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas lawatan ke Bazar Ramadan Kosmopleks menerusi Jelajah Ramadan Kita Selangor ke daerah Sepang di sini, hari ini.

Amirudin berkata setakat ini hanya Bazar Ramadan Greenwood ditutup akibat kegagalan mematuhi SOP namun telah diberi kebenaran beroperasi semalam.

Pada masa sama, beliau menyarankan semua bazar Ramadan melaksanakan format laluan sehala kepada pengunjung bagi mengelak penularan Covid-19.

"Dengan adanya format laluan sehala keadaan bazar akan lebih terkawal, cuma mungkin pengunjung kurang selesa tetapi itu realiti yang terpaksa dilalui bagi mengelak penularan wabak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619