PBT

MBSA tawar bayaran kompaun letak kereta RM30 hari ini

24 Apr 2021, 1:58 AM
MBSA tawar bayaran kompaun letak kereta RM30 hari ini

SHAH ALAM, 24 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan bayaran kompaun RM30 bagi kesalahan tempat letak kereta menerusi program Hari Bertemu Pelanggan hari ini.

Program bermula 11 pagi hingga 4 petang di Plaza Shah Alam, Seksyen 9 turut menawarkan diskaun 50 peratus bagi kompaun terpilih.

Menurut MBSA, orang ramai juga boleh membuat semakan dan bayaran cukai taksiran, kompaun khususnya kompaun trafik serta menerima semakan aduan permohonan ubah suai premis.

"Anda juga boleh merebut peluang membayar kompaun tertunggak dengan diskaun bagi kompaun MBSA ialah 50 peratus (hanya kompaun terpilih sahaja).

"RM30 untuk kompaun perintah pengangkutan jalan (peruntukan tempat letak kereta) MBSA 2007," maklum agensi di Facebook.

Selain itu, 40 orang yang terawal mendaftar program berkenaan layak menerima cenderahati mangkuk tingkat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619