PBT

MBSA anjur Hari Bertemu Pelanggan pada Rabu ini di Plaza Shah Alam

4 Jul 2022, 2:10 AM
MBSA anjur Hari Bertemu Pelanggan pada Rabu ini di Plaza Shah Alam
MBSA anjur Hari Bertemu Pelanggan pada Rabu ini di Plaza Shah Alam

SHAH ALAM, 4 JULAI: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan pada Rabu ini bertempat di Plaza Shah Alam mulai jam 11 pagi hingga 5 petang.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, berkata program itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai khususnya penduduk Shah Alam untuk menyalurkan aduan dan permasalahan yang berlaku di kawasan pentadbiran MBSA.

"Program Hari Bertemu Pelanggan adalah komitmen berterusan MBSA untuk mempertingkat dan memperbaiki sistem penyampaian komuniti setempat.

"Ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk membayar tunggakan kompaun sempena tawaran istimewa pengurangan sebanyak 30 peratus untuk kompaun di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (PTLK) MBSA 2007," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata Hari Bertemu Pelanggan itu juga memberi peluang kepada jabatan, bahagian dan pejabat cawangan MBSA untuk mempromosikan perkhidmatan mereka kepada orang ramai yang hadir ke program itu.

"Pelbagai perkhidmatan disediakan semasa program ini berlangsung antaranya semakan dan bayaran cukai taksiran, semakan dan bayaran kompaun khususnya kompaun trafik serta semakan aduan permohonan ubahsuai premis," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619