BERITA UTAMA

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumi

20 Apr 2021, 8:40 AM
Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumi

SHAH ALAM, 20 APRIL: Jenazah ayahanda Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumikan di Makam Diraja, di sini jam 1.45 tengah hari.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Abdul Rahman Baba, 89, diiringi Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah barisan pentadbir Kerajaan Negeri diketuai Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari, EXCO Agama Zawawi Ahmad Mughni dan EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail.

Pengebumian dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga serta rakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdahulu jenazah dikafan dan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619