AGENDA

Lukisan wanita tular baru 20 peratus, MDKS arah siapkan segera

20 Apr 2021, 5:38 AM
Lukisan wanita tular baru 20 peratus, MDKS arah siapkan segera

SHAH ALAM, 20 APRIL: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengarahkan pelukis menyiapkan segera lakaran berunsur sensitif di dinding Balai Seni Sasaran Kuala Selangor.

Yang dipertuanya berkata pihaknya memandang serius dakwaan pelayar media sosial mengenai gambar wanita yang tular di media sosial, semalam.

"Maklumat awal kita terima pada 7 malam, lukisan yang masih dalam 20 peratus proses lakaran itu mulai tular.

"Justeru, MDKS telah mengarahkan pelukis untuk menyiapkan bahagian sensitif dalam tempoh tiga jam. Kemudian kira-kira 10 malam lakaran tersebut telah 40 peratus siap," kata Rahilah Rahmat dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata lukisan itu juga dijangka siap sepenuhnya sebelum atau pada 26 April ini.

"Saya mengingatkan kepada mana-mana penggiat seni untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga sensitiviti budaya tempatan dalam penghasilan karya dan merujuk kepada MDKS terlebih dahulu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619