AGENDA

Pentas peraga fesyen cipta kelainan, terap elemen puisi dan lukisan

30 Ogos 2023, 1:42 AM
Pentas peraga fesyen cipta kelainan, terap elemen puisi dan lukisan
Pentas peraga fesyen cipta kelainan, terap elemen puisi dan lukisan

Oleh JULIANA JOHAR

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Kebiasaannya pentas peragaan fesyen sering diserikan dengan iringan lagu penyanyi jemputan, namun pemilik jenama Lady Of Leisure mencipta kelainan dengan menggabungkan seni lukisan dan puisi.

Mengetengahkan koleksi busana Cinta, Dada Herzoq Al-Attas berkata inspirasi di sebalik rekaan tersebut berdasarkan perjalanan kehidupannya sejak dahulu hingga kini.

"Saya ingin menampilkan koleksi yang dapat merakamkan intipati cinta dalam pelbagai bentuk.

"Ini merupakan perjalanan melalui pelbagai peringkat percintaan, dari permulaan percikan bibit-bibit cinta sehinggalah kepada ikatan kasih sayang yang mendalam dan abadi yang menopang sesebuah hubungan.

[caption id="attachment_600432" align="alignnone" width="879"] Pameran lukisan di pertunjukan fesyen Dada Luxury Relevation Soiree dengan kerjasama Balai Seni Negara dan Dubois Et Fils di The Estate, Jalan Damansara (Federal Hill) pada 28 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

"Saya juga cuba cipta kelainan dengan mengundang pemuisi Mosyuki Borhan serta mempamerkan 16 koleksi lukisan serba indah buat tatapan pengunjung acara ini kerana ia juga merupakan salah satu cabang seni, bersama-sama dengan seni fesyen," katanya kepada Selangorkini.

Pertunjukan itu turut diserikan dengan nyanyian daripada Marsha dan Sonaone.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619