ad
PBT

MPS lancar kempen kumpul e-waste, minyak terpakai, RM500 bakal dimenangi

18 Apr 2021, 10:00 AM
MPS lancar kempen kumpul e-waste, minyak terpakai, RM500 bakal dimenangi
MPS lancar kempen kumpul e-waste, minyak terpakai, RM500 bakal dimenangi

SHAH ALAM, 18 APRIL: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melancarkan kempen kitar semula barangan elektrik dan elektronik (e-waste) serta minyak masak terpakai bermula Mac hingga Oktober depan.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pihaknya akan membuat kutipan barangan tersebut mengikut Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPS berdasarkan jadual yang ditetapkan.

"Semua barangan yang dihantar perlu dikumpulkan di pejabat ahli majlis atau kawasan yang bersesuaian untuk ditimbang dan serahan wang tunai menggunakan resit rasmi MPS mengikut kadar harga pasaran semasa," katanya menerusi Facebook.

MPS juga menganjurkan pertandingkan kutipan terbanyak antara Zon JKP bagi kategori e-waste dan minyak masak terpakai.

"Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM500 bagi johan, naib johan (RM250) dan ketiga (RM150) bagi kedua-dua kategori," katanya.

Untuk maklumat lanjut, peserta boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) MPS di talian 03-61266024/03-61266081 atau layari laman sesawang http://www.mps.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.