AGENDA

PBT boleh kompaun individu tidak patuh SOP bazar

14 Apr 2021, 11:02 AM
PBT boleh kompaun individu tidak patuh SOP bazar

SHAH ALAM, 14 APRIL: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara dibenarkan mengkompaun individu yang gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) di bazar Ramadan berkuat kuasa hari ini.

Menteri kanan (keselamatan) berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menurunkan kuasa itu berikutan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerima beberapa aduan mengenai ketidakpatuhan SOP di bazar berkaitan di beberapa lokasi.

"Perkara ini dipandang serius kerana penularan wabak Covid-19 masih berada di tahap membimbangkan.

"Sehubungan itu, PBT digesa mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan SOP dikeluarkan MKN dan KKM dipatuhi sepenuhnya," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu orang ramai diminta memberi kerjasama kepada PBT dalam membantu negara melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619