BERITA UTAMA

Sasar 200 pemandu teksi jadi penghantar barang sambilan

12 Apr 2021, 12:50 AM
Sasar 200 pemandu teksi jadi penghantar barang sambilan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Seramai 200 pemandu teksi di Selangor bakal menjadi perintis program menjana pendapatan tambahan sebagai penghantar barangan.

EXCO usahawan berkata peserta diberi pendedahan mengenai pendigitalan serta latihan menggunakan telefon bimbit untuk mengambil dan menghantar pesanan.

"Agensi di bawah Kerajaan Negeri seperti Hijrah Selangor dan Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) akan membantu pemandu teksi sehingga mahir.

"Kita bukan suruh berhenti jadi pemandu teksi tetapi menggalakkan mereka cari duit tambahan untuk mengubah hidup," kata Rodziah Ismail ditemui selepas merasmikan program Selangor Fesyen Raya Lazada 2021 di SACC Mall semalam.

Beliau berkata khidmat penghantaran diperlukan kerana peniaga beralih menjual barangan secara dalam talian sejak perebakan Covid-19.

Pada 17 Mac, pengurus besar pembangunan Seldec berkata seramai 500 penghantar barangan diperlukan sepanjang Ramadan.

Mohd Fauzan Elham berkata pekerja tambahan diperlukan kerana Seldec bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) untuk menjual produk 1,500 peniaga.

Seldec turut menawarkan insentif RM200 kepada penghantar makanan yang berkhidmat sehingga hari terakhir Ramadan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619