BERITA UTAMA

EXCO gesa ketua kampung kesan individu belum daftar vaksin

8 Apr 2021, 9:53 AM
EXCO gesa ketua kampung kesan individu belum daftar vaksin

KUALA LANGAT, 8 APRIL: Ketua kampung seluruh negeri diminta mengumpul maklumat individu yang belum mendaftar suntikan vaksin Covid-19 di kawasan masing-masing.

EXCO pembangunan luar bandar berkata hebahan melalui poster, kain rentang, masjid dan surau turut dipergiat bersama pihak berkuasa tempatan bagi menggalakkan lebih ramai mendaftar.

"Saya minta ketua kampung bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk kumpul maklumat dan mengadakan kempen kesedaran.

"Sekiranya penduduk ada masalah capaian internet, ketua kampung bertanggungjawab membantu mereka untuk mendaftar," kata Borhan Aman Shah kepada Selangorkini.

Kerajaan Negeri melancarkan program Outreach Imunisasi Covid-19 Selangor (ImuniSel) pada 4 April bagi membantu golongan yang berdepan kesukaran mendaftar vaksin termasuk warga emas dan Orang Asli.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program itu dibuat berikutan 37 peratus isi rumah di negeri ini tidak ada capaian kepada telefon pintar berdasarkan Jabatan Perangkaan pada 2019.

Setakat 3 April, hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta penduduk Malaysia mendaftar program suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619