AGENDA

Raih pendapatan dengan Seldec, pemandu teksi disaran ambil peluang

7 Apr 2021, 8:39 AM
Raih pendapatan dengan Seldec, pemandu teksi disaran ambil peluang

SEPANG, 7 APRIL: Pemandu teksi negeri ini disaran merebut peluang menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) bagi menjana pendapatan tambahan.

EXCO pembangunan usahawan berkata khidmat penghantar barangan itu hanya menarik minat 35 individu setakat ini berbanding lebih 7,000 pemandu berdaftar di seluruh negeri.

"Jumlah berkenaan masih sedikit berbanding sasaran asal sekurang-kurangnya 10 peratus pemandu menyertai program tersebut.

"Kita akan bagi latihan supaya mereka faham apa itu digital...jika 10 peratus yang ambil peluang pun akan bawa impak berbeza...mereka bukan sahaja bawa teksi malah turut menghantar barang,” katanya Rodziah Ismail.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah peringkat Majis Perbandaran Sepang di Dataran BBST Walk di sini hari ini.

Jelasnya, khidmat penghantaran diperlukan berikutan Kerajaan Selangor membuka ruang niaga dalam talian bagi membantu individu terkesan akibat Covid-19.

“Kita tidak dapat sediakan banyak tapak niaga susulan pandemik, jadi kita cadangkan ia dibuat dari rumah namun ada masalah fizikal membabitkan penghantaran.

“Justeri kita perlukan lebih ramai penghantar makanan selain 3,000 belia sedia ada yang berkhidmat dalam sektor itu," kata Rodziah lagi.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan melalui jualan secara dalam talian.

Diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my/en.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619