BERITA UTAMA

Giat ternak ikan air tawar, elak bergantung sumber luar

3 Apr 2021, 11:54 PM
Giat ternak ikan air tawar, elak bergantung sumber luar

BESTARI JAYA, 4 APRIL: Kerajaan Selangor akan mempergiat sektor ternakan ikan air tawar bagi mengelak kebergantungan sumber dari negeri lain.

EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani berkata negeri ini memiliki banyak kolam dan tasik yang berpotensi dimajukan bagi mencapai hasrat berkenaan.

Jelas Ir Izham Hashim, antara ternakan yang dikenal pasti ialah keli, talapia, patin, kaloi, puyu, sepat dan haruan.

“Setakat ini kita hanya ada 30 peratus sumber ikan air tawar dan selebihnya dibawa masuk dari negeri lain.

"Oleh itu, Kerajaan Negeri serta beberapa agensi sedang membuat kajian termasuk meneliti tahap kualiti air yang bersesuaian dengan ternakan ikan air tawar," katanya selepas merasmikan program Ground Test The Tomanz di Universiti Selangor semalam.

Hadir sama Naib Canselornya Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Program percuma yang disertai 40 pemancing itu bertujuan memindahkan ikan toman ke tasik The Tomanz yang akan dilancarkan pada Mei ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619