AGENDA

Seldec tawar insentif RM200 kepada penghantar makanan

3 Apr 2021, 12:22 AM
Seldec tawar insentif RM200 kepada penghantar makanan

SHAH ALAM, 3 APRIL: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menawarkan insentif RM200 kepada penghantar makanan yang berkhidmat sehingga hari terakhir Ramadan.

Pengurus besar pembangunan perniagaannya berkata inisiatif bertujuan menggalakkan lebih ramai penghantar menggunakan kereta serta motosikal bernaung di bawah syarikat itu.

"Mereka juga menikmati manfaat perlindungan Perkeso dan kemalangan sekiranya berlaku perkara tidak diingini sepanjang keluarga bekerja.

"Seldec berharap lebih ramai mendaftar kerana kita memerlukan sehingga 500 penghantar sepanjang Ramadan," kata Mohd Fauzan Elham kepada SelangorKini.

Beliau berkata mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi http://dapur.seldec.com.my/join/rider/ .

"Antara syarat permohonan adalah berumur 18 tahun ke atas (pemohon 50 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan).

"Pemegang lesen percubaan juga layak memohonan manakala sijil perlindungan insurans kenderaan atas nama pemohon," katanya.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Seldec digunakan untuk memasarkan hasil tani, produk usahawan kecil dan barangan basah secara meluas.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619