BERITA UTAMA

Mufti: Tidak batal jika suntik vaksin ketika puasa

3 Apr 2021, 12:08 AM
Mufti: Tidak batal jika suntik vaksin ketika puasa

SHAH ALAM, 3 APRIL: Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menetapkan puasa umat Islam tidak terbatal sekiranya mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Mufti Selangor berkata ketetapan dibuat berdasarkan hujah bahawa suntikan bukan di rongga terbuka dan diambil bagi memelihara nyawa serta mematuhi arahan dikeluarkan kerajaan.

"Jika suntikan melalui saluran tidak terbuka seperti otot badan, peha atau lengan, dengan syarat ia tidak mengenyangkan maka puasa tidak batal. Dari aspek maqasid syariah, umat Islam disyariat menjaga nyawa jadi perlu mengambil suntikan ini.

"Langkah kerajaan mendapatkan vaksin ini merupakan usaha murni mengekang penularan pandemik. Justeru sebarang usaha kerajaan yang membawa kebaikan kepada rakyat perlu disokongan. Mentaati pemerintah merupakan perkara dituntut syarak," kata Dato' Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid menerusi kenyataan.

Beliau menasihati umat Islam yang mengambil suntikan supaya patuh tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan.

Pada 26 Mac lalu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru rakyat agar tidak ragu mengambil suntikan terbabit.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menyokong gesaan dan nasihat supaya rakyat tidak gusar menerima suntikan tersebut ketika berpuasa di bulan Ramadan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619