AGENSI

Pustaka awam Selangor tawar program latihan sains, teknologi percuma

2 Apr 2021, 3:31 PM

SHAH ALAM, 2 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menawarkan 18 sesi program latihan sains, teknologi dan inovasi secara percuma bermula Mac hingga Jun.

Agensi berkata program di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) terbuka kepada penduduk negeri ini yang berumur 10 tahun ke atas.

"Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

"Kami menawarkan lapan kursus meliputi 'Education and Future Jobs: Robotic'; 'Build and Create: New Lego Innovation'; Latihan 3D Printer dan 'Simple But Power: Programming Secret in Excel'," katanya menerusi Facebook.

Selain itu, perbadanan turut menawarkan kursus 'Simple and Creative: Compose Music with Garage Band'; Kreatif Di Hujung Jari: Adobe Photoshop (Mobile); 'Fun Learn with Drone' dan 'Make Powerful Presentation with PowerPoint'.

Kursus diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9 pagi hingga 1 petang atau 9 pagi hingga 4 petang bertempat di beberapa perpustakaan awam milik Kerajaan Negeri.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan http://shorturl.at/DS689. Untuk maklumat lanjut, peserta boleh merujuk poster kursus di laman Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619