SELANGOR

Selangor cakna OKU, terus hulur pelbagai bantuan

2 Apr 2021, 10:20 AM
Selangor cakna OKU, terus hulur pelbagai bantuan
Selangor cakna OKU, terus hulur pelbagai bantuan

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kerajaan Selangor akan terus cakna dan prihatin terhadap golongan istimewa di negeri ini dengan mewujudkan pelbagai bantuan.

Dato' Menteri Besar berkata bantuan merangkumi peringkat keluarga, pendidikan dan masyarakat bertujuan menyedarkan orang awam kepentingan menolong orang kelainan upaya (OKU).

"Menerusi inisiatif Anak Istimewa Selangor (AnIS), kita menawarkan program Didik AnIS, Cikgu AnIS, Akademi AnIS serta Bantuan Khas AnIS," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut hari ini.

Menurutnya, menerusi sambutan saban tahun, ia membuka peluang kepada masyarakat memahami perspektif dunia dari kaca mata golongan istimewa terbabit.

"Memahami adalah langkah penting sebelum kita membantu," katanya.

Dalam Belanjawan Selangor 2021 Kerajaan Negeri meluluskan sejumlah RM3.25 juta menjayakan program dan inisiatif pemberdayaan OKU termasuk seminar kesedaran sokongan untuk anak istimewa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619