AGENDA

Isu rentas negeri dibincang dalam mesyuarat khas MKN

2 Apr 2021, 9:50 AM
Isu rentas negeri dibincang dalam mesyuarat khas MKN

KUALA LUMPUR, 2 APRIL: Cadangan membenarkan perjalanan rentas negeri kepada mereka yang telah melengkapkan dos kedua suntikan vaksin akan dibincang secara terperinci dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata setakat ini belum ada perbincangan menyeluruh untuk 'kelebihan' atau 'insentif' (kebenaran merentas dalam dan luar negeri) bagi mana-mana pihak yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka.

"Jadi saya rasa (mungkin) ramai orang yang akan mendaftar vaksin (sekiranya itu dijadikan syarat untuk merentas dalam dan luar negeri). Sekarang ini ramai yang (ambil pendekatan) tunggu dan lihat.

“Kalau boleh sebegitu (kebenaran rentas negeri selepas suntikan vaksin dos kedua), ramai yang akan mendaftar," katanya selepas melancarkan Tarantula sebagai nama kereta perisai mobiliti tinggi 4X4 (HMAV4x4) pertama Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Sungai Besi, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mungkin dibenar untuk merentas negeri malah mereka juga mungkin boleh ke luar negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619