BERITA UTAMA

Sukan luncur keluang idea Raja Muda Selangor dibuka di tasik Shah Alam

29 Mac 2021, 4:20 AM
Sukan luncur keluang idea Raja Muda Selangor dibuka di tasik Shah Alam
Sukan luncur keluang idea Raja Muda Selangor dibuka di tasik Shah Alam

SHAH ALAM, 29 MAC: Aktiviti sukan luncur keluang (flying fox) akan dibuka kepada orang awam bermula Khamis ini di Taman Tasik Shah Alam.

Pemangku datuk bandar Shah Alam berkata tarikan terbaharu itu adalah cetusan idea Raja Muda Selangor  Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah dalam usaha melahirkan generasi muda proaktif, berani dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Pada 1 hingga 4 April ia akan dibuka secara percuma kepada pengunjung, tetapi bermula 5 April bayaran untuk menaiki ‘flying fox’ adalah RM25 untuk dewasa. Tetapi untuk penduduk Shah Alam, anda perlu menunjukkan kad pengenalan untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM5.

“Sementara untuk pelajar pula, harga tiket ialah RM20 untuk dua sesi, orang ramai boleh mendapatkan tiket di kaunter yang disediakan,” kata Mohd Rashidi Ruslan pada majlis Perasmian Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Musical Fountain di Taman Tasik Shah Alam, malam tadi.

[caption id="attachment_466104" align="aligncenter" width="745"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menandatangani plak sempena perasmian Zip Line dan Laman Budaya Musical Fountain di Tasik Shah Alam pada 28 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Tengku Amir Shah hadir mencemar duli merasmikan tarikan tersebut diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Mohd Rashidi berkata aktiviti sukan yang dikenali sebagai Zip Line Shah Alam dibina sepanjang 240 meter dengan ketinggian 18 meter.

"Waktu operasi pada 1 hingga 12 April bermula jam 10 pagi hingga 6.30 petang iaitu pada Isnin hingga Jumaat. Sementara Sabtu dan Ahad dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Manakala sepanjang Ramadan dibuka dari jam 2.30 hingga 6.30 petang.

“Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM500,000 dan diharap dapat digunakan sebaiknya oleh pengunjung,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619