BERITA UTAMA

Selangor rekod 283 kes baharu Covid-19, terendah sejak Januari

27 Mac 2021, 11:42 AM
Selangor rekod 283 kes baharu Covid-19, terendah sejak Januari

SHAH ALAM, 27 MAC: Sebanyak 283 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini, turun berbanding 478 kes semalam dan terendah sejak Januari.

Ketua pengarah kesihatan berkata majoriti kes berpunca daripada kluster sedia ada dan saringan kontak rapat iaitu 203 kes.

"Satu kes mendapat jangkitan dari luar negara dan 79 kes pula daripada lain-lain saringan Covid-19," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan sebanyak 388 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih 112,549.

Katanya, tiada kematian dicatat menjadikan ia kekal dengan 324 manakala terdapat 1,668 kes aktif.

Kes tertinggi negeri ini dilaporkan pada 30 Januari lalu dengan 3,285 kes.

Secara keseluruhan, Malaysia merekodkan 1,199 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara 340,642.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619