AGENDA

Dua maut, dua lagi parah struktur besi kren jatuh di Cheras

22 Mac 2021, 3:18 AM
Dua maut, dua lagi parah struktur besi kren jatuh di Cheras

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Dua maut manakala dua cedera parah dalam kejadian struktur besi kren pembinaan lebuh raya jatuh berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.45 pagi.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati struktur besi kren launcher pembinaan lebuh raya jatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

"Seorang warga tempatan yang merupakan pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta mangsa dihempap struktur besi kren berkenaan.

"Tiga lagi mangsa merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dan dipercayai dua daripada mereka jatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619