BERITA UTAMA

EXCO: Ekspo promosi produk halal setiap daerah bermula Mei

18 Mac 2021, 12:44 AM
EXCO: Ekspo promosi produk halal setiap daerah bermula Mei
EXCO: Ekspo promosi produk halal setiap daerah bermula Mei

SHAH ALAM, 18 MAC: Selangor bercadang untuk melaksanakan pameran halal di setiap daerah bermula Mei depan, kata EXCO industri halal.

Zawawi Ahmad Mughni berkata program itu bagi mempromosikan produk halal keluaran usahawan di negeri ini kepada penduduk tempatan.

"Pada masa sama, kita turut merancang untuk menganjurkan pameran  halal peringkat antarabangsa pada Oktober tahun ini, namun kedua-dua program ini bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19," katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_453380" align="alignright" width="398"] Mohd Zawawi Ahmad Mughni memberi penjelasan beberapa isu dalam program bual bicara bersama Media Selangor di Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

Zawawi Ahmad yang juga EXCO hal ehwal pengguna berkata webinar secara maya di peringkat antarabangsa juga bakal dilaksanakan untuk memacu produk halal Selangor ke pasaran lebih luas.

"Program berbentuk ekspo, kempen mahupun seminar dalam talian mampu meningkatkan kesedaran pengusaha mahupun pengguna berkaitan produk halal.

"Kesedaran ini sekali gus dapat memastikan lebih ramai usahawan berusaha untuk mendapatkan sijil halal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619