BERITA UTAMA

Covid-19: Selangor rekod 379 kes baharu, satu kematian

15 Mac 2021, 12:20 PM
Covid-19: Selangor rekod 379 kes baharu, satu kematian

SHAH ALAM, 15 MAC: Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini turun kepada 379 kes berbanding 577 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 268 kes dikesan daripada saringan kontak rapat dan 65 saringan kluster.

"Manakala, 43 kes daripada lain-lain saringan dan tiga lagi kes import yang mendapat  jangkitan dari luar negara.

"Tiga kluster baharu membabitkan jangkitan di tempat kerja iaitu kluster Sungai Puloh; kluster Batu Tiga Lama dan kluster Perusahaan Amari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya satu kematian berlaku di negeri itu hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 70 tahun yang turut mempunyai latar belakang penyakit asma.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan sebanyak 658 kes pulih hari ini menjadikan keseluruhan sembuh 107,235 dan kes aktif 1,825 kes.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619