AGAMA

Masjid Seksyen 7 terima sumbangan RM10,000

14 Mac 2021, 10:03 AM
Masjid Seksyen 7 terima sumbangan RM10,000

SHAH ALAM, 14 MAC: Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menyumbangkan RM10,000 kepada Masjid Seksyen 7 di sini.

Dato' Menteri Besar berkata serahan itu bertujuan membantu pengurusan rumah ibadat itu menampung perbelanjaan dalam membuat persiapan menjelang Ramadan.

"Sumbangan ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat MBI. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan pihak masjid dan ahli kariah yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan Solat Zuhur di Masjid Seksyen 7 di sini menerusi Program Jelajah Kita Selangor di sekitar Parlimen Shah Alam, hari ini.

Jelajah itu juga bertujuan memberi peluang kepada pimpinan untuk mendengar luahan rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619