AGENDA

MB: Manfaatkan tanah lapang, bertani guna fertigasi

14 Mac 2021, 12:06 PM
MB: Manfaatkan tanah lapang, bertani guna fertigasi

SHAH ALAM, 14 MAC: Dato' Menteri Besar menggalakkan masyarakat memanfaatkan tanah lapang dengan tanaman menggunakan kaedah fertigasi.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah itu dapat membantu mengurangkan import makanan dan jimatkan perbelanjaan makanan asas.

"Usaha Persatuan Usahawan Tani Batu Tiga ini wajar dicontohi apabila mereka sanggup menyewa tanah lebih 1.21 hektar untuk membuat projek fertigasi.

"Saya difahamkan fasa pertama sebanyak 2,000 pokok cili berjaya disemai dan akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa dengan pelbagai jenis tanaman," katanya selepas melancarkan Projek Fertigasi Cili Dalam Bandar di Seksyen 18.

Beliau berkata projek itu perlu pemantauan supaya penghasilan tanaman tidak berlaku lambakan pada masa akan datang.

"Perlu ada pengawalan tetapi buat masa ini kita usaha banyakkan dahulu hasil tanaman.

"Sudah sampai masa nanti kita aturkan untuk wujudkan pangkalan data supaya hasilnya tidak berlebihan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619