PBT

Tindakan perundangan kilang gagal buat pemutihan

11 Mac 2021, 8:35 AM
Tindakan perundangan kilang gagal buat pemutihan

KLANG, 11 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesan sebanyak 800 kilang beroperasi tanpa kebenaran di daerah ini termasuk berdekatan sungai.

Timbalan yang dipertuanya berkata semua premis tersebut gagal memenuhi syarat teknikal seperti status syarat tanah, pengezonan atau kebenaran merancang.

Menurut Elya Marini Darmin, kilang berkenaan gagal memberi kerjasama meskipun diberi tempoh sehingga Disember tahun lalu untuk menyertai program pemutihan.

"Justeru tindakan penguatkuasaan akan dijalankan secara bersepadu mengikut peruntukan perundangan," katanya pada operasi meroboh kilang papan tanpa kebenaran di Jalan Jeti, Pelabuhan Klang pagi tadi.

Sementara itu, beliau berkata kilang yang dibina atas tanah kerajaan boleh diroboh dalam tempoh 24 jam walaupun premis berkenaan bukan punca pencemaran sungai.

Setakat November lalu, sebanyak 5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran di seluruh negeri dengan 869 daripadanya terletak di hilir sungai.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sebelum ini memberi tempoh sehingga 31 Disember 2020 untuk semua kilang melaksanakan proses pemutihan dan penempatan semula premis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619