AGENDA

Lagi kilang sertai sistem cegah Covid-19

8 Mac 2021, 10:26 AM
Lagi kilang sertai sistem cegah Covid-19

SHAH ALAM, 8 MAC: Sebuah kilang sarung tangan getah terkenal di negeri ini mendaftar sistem Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sistem yang dimulakan awal Februari dapat membantu kilang tersebut membendung kes positif tanpa menghentikan operasi.

"Kita dapati berlaku peningkatan kes di kilang berkenaan dua hingga tiga hari lalu, buat masa ini sistem POIS sudah masuk di sana dan kita harap dapat mengawal wabak," katanya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Wanita peringkat negeri turut menggesa lebih banyak kilang mendaftar dengan sistem berkenaan bagi mencegah penularan Covid-19.

Pada 6 Januari, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) melancarkan POIS bagi mencegah dan mengurangkan kluster tempat kerja.

Majikan mendaftar perlu menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada beberapa kumpulan kecil dengan fungsi berbeza yang berperanan mengenal pasti kawasan dan aktiviti berisiko tinggi.

Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) pula merekodkan pergerakan keluar masuk pekerja dan memantau komponen POIS serta menganalisis risiko pekerja bagi menyelaraskan kekerapan saringan.

Antara syarikat yang menyertai POIS ialah kilang Nestle di Seksyen 15 dan Celestica Malaysia di Johor dan Kedah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619