AGENDA

POIS bantu lebih 1,200 syarikat, IPT kawal penularan wabak

10 Nov 2021, 2:00 AM
POIS bantu lebih 1,200 syarikat, IPT kawal penularan wabak

PETALING JAYA, 10 NOV: Sekitar 113,000 pekerja daripada lebih 1,200 syarikat dan kilang dalam pelbagai sektor menyertai Program Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata inisiatif negeri bagi membendung penularan wabak di tempat kerja turut disertai institusi pengajian tinggi (IPT).

"POIS turut diaplikasikan di 53 IPT melibatkan lebih 73,000 individu termasuk pelajar," katanya pada persidangan meja bulat bersama Dewan Perdagangan British Malaysia di Hotel Sheraton di sini semalam.

POIS dilancarkan pada 6 Januari bagi mencegah dan mengurangkan kluster tempat kerja dengan majikan berdaftar perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengenal pasti lokasi dan aktiviti berisiko tinggi.

Jawatankuasa itu akan merangka pelan tindakan kecemasan, mengurangkan kontak luar dan memastikan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP).

Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) pula merekod pergerakan keluar masuk pekerja dan memantau komponen POIS serta menganalisis risiko bagi menyelaras kekerapan saringan.

Dimulakan pada 1 Februari, beberapa syarikat di negeri ini menyertai POIS, termasuk kilang di luar Selangor antaranya Celestica Malaysia di Johor dan Kedah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619