AGENSI

Ribuan pemandu bas, teksi terima bantuan makanan LPHS

5 Mac 2021, 12:52 AM
Ribuan pemandu bas, teksi terima bantuan makanan LPHS

SHAH ALAM, 5 MAC: Seramai 7,919 pemandu bas dan teksi di negeri ini akan menerima sumbangan makanan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pengarah eksekutifnya berkata turut dibantu penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) seliaan Kerajaan Negeri membabitkan 2,635 unit dan 3,004 unit PPR Lembah Subang 1.

Dato' TPr Dr Juhari Ahmad menjelaskan sebanyak RM1 juta diperuntuk bagi menjayakan program Bingkisan Mesra Selangor LPHS mulai Februari hingga Julai.

"Penerima mendapat bantuan sekitar RM50 hingga RM100, ada juga dalam bentuk kupon bernilai RM50 untuk dibelanjakan di pasar raya 99 Speedmart," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pelaksanaan program melalui Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban golongan yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada 18 Februari, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM4.35 juta diperuntuk untuk menjayakan program Bakul Makanan kepada penduduk terjejas.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619