ADN

Jimat bil air, penghuni pangsapuri disaran tukar meter individu

3 Mac 2021, 7:01 AM
Jimat bil air, penghuni pangsapuri disaran tukar meter individu

PETALING JAYA, 3 MAC: Penduduk pangsapuri sekitar Bukit Gasing disaran menukar meter pukal kepada individu bagi menikmati bayaran bil air lebih rendah.

Ahli Dewan Negerinya Rajiv Rishyakaran berkata risiko pemotongan bekalan juga mampu dielakkan jika penghuni lewat melangsaikan caj bulanan.

"Bagi yang menggunakan meter pukal, bayaran bil diurus badan pengurusan bangunan (JMB/MC) menyebabkan kadar tarif lebih tinggi dan bekalan mungkin dipotong jika ada tunggakan," katanya.

Beliau yang ditemui selepas meninjau pemasangan meter individu di Pangsapuri Damansara Bistari memaklumkan seramai 421 penghuni di situ sudah berbuat demikian.

Sementara itu, Rajiv berkata sebanyak tiga pangsapuri sekitar Bukit Gasing terlibat dalam program Migrasi Air Selangor membabitkan Pangsapuri Damansara Bistari, Pangsapuri PKNS Seksyen 17 dan Pangsapuri Gasing Indah.

Meter pukal meliputi bacaan keseluruhan kediaman bertingkat dengan bil air akan diserahkan kepada JMB untuk mengira purata mengikut bilangan unit.

Manakala meter individu pula membolehkan bil dikeluarkan terus kepada penghuni untuk dibayar kepada syarikat pengurusan air.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619