BERITA UTAMA

Hutan simpan terbakar punca Banting jerebu

2 Mac 2021, 11:52 PM
Hutan simpan terbakar punca Banting jerebu

KUALA LANGAT, 3 MAC: Kebakaran sebahagian Hutan Simpan Kuala Langat Selatan menyumbang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Banting.

EXCO alam sekitar berkata bacaan pada kadar 165 semalam disyaki berpunca dari petani haram yang ingin membuka tanah pertanian baharu berhampiran kawasan terbabit.

"Keadaan sama turut berlaku di Johan Setia yang mencatat IPU 183. Kita berharap operasi pemadaman akan menyelesaikan masalah jerebu," kata Hee Loy Sian selepas meninjau kebakaran hutan di sini semalam.

Selain Banting dan Johan Setia, Petaling Jaya turut mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu 141.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mengenal pasti kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan membabitkan kawasan 40.469 hektar.

Pengarahnya Datuk Norazam Khamis berkata kawasan terjejas meliputi lapan kompartmen dan pihaknya berjaya memadam kebakaran seluas 6.07 hektar sejak kelmarin.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619